Firman Allah S.W.T
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang - orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
" ...dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: 31)
Perintah di atas sifatnya umum
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",
(Surah at-Tahrim: 8)
Nasuha Maksudnya ialah ikhlas kerana Allah
Dalam Hadis, Rasulullah bersabda, "Orang yang bertaubat ialah kekasih Allah. Orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa."