Assalamualaikum, disini saya ingin meceritakan topik sihir bertujuan memusnahkan peekahwinan.
Sihir ini berlaku selalunya apabila seseorang yang dengki dan busuk hati, pergi ke tukang sihir dan mendapatkan khidmatnya supaya memusnahkan perkahwinan gadis tertentu yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Sihir jenis ini biasanya memerlukan nama mangsa , nama ibu mangsa, dan sesuatu yang mempunyai bau tubuh badan si mangsa.
Si tukang sihir kemudian akan memanggil jin dan mengarahkannya pergi ke mangsa untuk melakukan ganguan.
Jin tersebut akan pergi ke mangsa dan menunggu peluang untuk memasuki jasad mangsa.
Antara peluang yang dimanfaatkan jin untuk masuk ke tubuh mangsa adalah ketika mangsa sedang marah yang melampau, mangsa sedang ketakutan, nafsu shahwat mangsa berada di kemuncak dan mangsa pada keadaan lupa.
Cara jin ini bertindak dengan memupuk seorang wanita berasa benci untuk kahwin dan menolak pinangan. Jika tidak berpeluang pada wanita jin ini akan menyihir dengan memukau lelaki sehingga melihat wanita yang menjadi mangsa berupa parad hodoh, dan memupuk rasa was - was pada lelaki itu.
Jika ditakdirkan berjaya, lelaki akan membatalkan hasrat meminang mangsa, dan jika sudah bertunang lelaki tersebut mungkin memutuskannya.
Sihir jenis ini juga ada yang menggangu lelaki ketika datang ke runah hendak megikat pertunangan dengan memupuk rasa rimas, serabut , dan hilang arah. Sehingga membuatkan lelaki itu tidak mahu lagi kerumah wanita tersebut.
Ganguan jenis ini ada beberapa simptom :
👉 Berasa sesak nafas pada wakti lepas asar.
👉 Kerap merasa runsing
👉 Resah gelisah ketika hendak tidur
👉 Sakit pada bahgian belakang
👉 Kerap pening kepala dan berlarutan
👉 Sakit di dalam perut berterusan
👉 Bakal tunang tiba - tiba nampak hodoh