Quantcast
Channel: Pusat Rawatan Al Majhud
Viewing all articles
Browse latest Browse all 27

Taat Dan Cinta Kepada Allah Dan Rasulullah

$
0
0
Allah S.W.T Berfirman :

" Wahai orang - orang yang beriman, 
(untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak - banyaknya; 

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.

(Surah al-Ahzaab: 41-42)."

Allah S.W.T Berfirman ketika Nabi Muhammad S.A.W melakukan mikraj, 

" Wahai Ahmad , jika engkau ingin menjadi orang paling warak, zuhudlah di dunia dan cintailah akhirat."

Nabi Muhammad S.A.W Bersabda :

"Barang siapa menghidupkan sunnahku, ia telah mencintaiku. Barang siapa yang mencintaiky, pada hari kiamat ia bersamaku di syurga.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Barang siapa yang mengabaikan sunnahku, haram baginya syafaatku."

Nabi Muhammad S.A.W :

" Semua umatku masuk syurga kecuali orang yang tidak menginginkannya."

Ahmad al-Hawari rahimullah :

" Perbuatan yang tidak mengikuti sunnah adalah batil.


Sufyan berkata :

" Siapa yang cinta orang yang mencintai Allah S.W.T. bermakna dia mencintai Allah S.W.T. Sesiap yang memuliakan orang yang memuliakan Allah S.W.T bermakna dia memuliakan Allah.

Sahal Berkata :

" Tanda cinta kepada Allah S.W.T ialah cinta kepada al-Quran. Tanda cinta kepada Allah S.W.T dan al - Quran ialah cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah cinta kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Tanda cinta kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W ialah cinta kepada akhirat. Tanda cinta kepada Akhirat ialah dengan benci kepada keduniaan. Tanda membenci keduniaan adalah tidak mengambilnya kecuali sebagai bekal dan perantara menuju akhirat."





Viewing all articles
Browse latest Browse all 27